4.
Ciri-ciri sahsiah guru positif dan
negatif.
Sahsiah mempunyai tiga ciri utama
yang ingin diterapkan iaitu ;.
(i)
Pertama ialah keunikan dengan maksud
tersendiri.
(ii)
Kedua ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk
berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman.
(iii) Ketiga ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia
bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan
operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal,
kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang
individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen,
sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim
hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan
dan fizikal.Antara sifat-sifat
akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah,
ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal,
hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan
menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
Sifat mental
Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan
sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung
kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak,
kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam
penyampaian
Sifat kejiwaan
Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap.
Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila
mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai
kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut
dan baik dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan
diri dengan masyarakat.
Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat
tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.
Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya
adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri
peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh
dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.
Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan
(negatif).
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a. bersikap tidak
adil dan pilih kasih
b. tidak demokratik dan
mengutamakan cara autokratik
c. terbatasnya amalan
timbang rasa.
d. Kurang responsif dan
sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e. Berjiwa kasar dan
membosankan
f. Tidak asli
tetapi lebih ”stereotype”.
h. Tidak peduli dan amalan
kurang memberi kesan
j. Kurang
bertanggungjawab dan bersikap dalih
k. Emosi tidak seimbang
dan mudah naik perasan.
Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau
pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi
keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebut harga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang
munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali
bertugas
5.
Peranan
Dan Tanggungjawab Seorang Guru Yang Profesional
Sebagai penggerak pembelajaran dengan
membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun
secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus
rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja, kerusi dan peralatan
untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat
itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi
menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid
menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.
Selain itu, guru juga
menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para
pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung diterapkan dalam jiwa murid.Sebagai pembimbing, guru dapat memberi
nasihat dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan untuk menghadapi
masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru juga
sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian
, peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta
mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan
punca kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan
untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.
Guru juga berperanan
dan bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai
peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal
ilmu.
Guru sebagai pengamal
kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan
kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap
dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan
cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti
ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarnya
agar penyampaian dalam pengajarannya dapat difahami oleh murid-murid.
Guru juga merupakan
agen sosialisasi. Oleh itu, guru harus berperanan sebagai penyebar ilmu
kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang serta
menjadi role-model kepada murid dan
masyarakat.
Guru juga berperanan
sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru bertanggungjawab
membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina kekuatan minda dan
kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi
menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.
Guru sebagai pakar
rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan meningkatkan
keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi juga
kepada rakan sejawatan. Guru sebagai
seorang pakar rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan
peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja,
kecemerlangan berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga
kearah kejayaan sekolah dan negara.
Peranan guru sebagai
pembimbing (mentor) ialah mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan
murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus membimbing dan mengajar
muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah
membimbing murid-murid yang menhadapi masalah agar mereka dapat membina sifat
keyakina n diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
Guru sebagai penyelidik, salah satu
usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik
darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru bolehlah
berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan
menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .
6.
Kesimpulan
Sahsiah
merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personaliti
seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek fizikal,kognitif,emosi,sosial
dan rohani yang mana kesemua aspek ini dapat mempengaruhi sikap atau perwatakan
seseorang. Contohnya, seorang guru yang sentiasa berpakaian kemas
,bersopan-santun,rendah diri,ikhlas ,penyayang dan berpengetahuan luas sudah
tentu akan menjadi tumpuan atau idola pelajar-pelajar dan mungkin juga
dikalangan guru-guru. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta
menyesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat dapat membuktikan bahawa guru
itu adalah seorang mempunyai ciri-ciri sahsiah positif.
Walaupun kita menyedari
sahsiah seseorang boleh berubah mengikut
masa dan keadaan namun ia mempunyai
satu unsur yang stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap
sikap atau tingkahlaku
pelajar-pelajar atau guru-guru.
Etika Profesion Perguruan juga tidak ketinggalan memberi sumbangan untuk mempastikan guru-guru sentiasa berada
dilandasan yang betul ,tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik serta
menjadi role-model yang bersahsiah unggul yang mana dapat mempengaruhi perkembangan
anak didiknya menjadi warganegara yang berguna di masa depan.
RUJUKAN
Mohammad Azizi Shah
Mohamed Arip, Aslina Ahmad, & Hazalizah Hamzah.
(2014). Pengenalan
pembangunan sahsiah. Tanjong
Malim, Perak: EMERITUS
PUBLICATIONS.
Peranan Dan
Tanggungjawab Guru Sebagai Profesional(2009). Diperoleh pada May 30, 2009
Sahsiah, ciri-ciri guru
positif dan negative(2012). Diperoleh pada Oktober 4, 2012
Amin Senin (2008). Pembangunan
profesional guru. Kuala lumpur, Utusan Publication &
Distributor Sdn Bhd.