Pages

Sunday, 13 April 2014

   

4.      Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.
Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.

(i)     Pertama ialah keunikan dengan maksud tersendiri.

(ii)   Kedua ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman.

(iii) Ketiga  ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.

Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.

Sifat Rohaniah 
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah

Sifat mental 
Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

Sifat kejiwaan
Sifat kejiwaan  akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat.  Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan.  Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.
Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a.         bersikap tidak adil dan pilih kasih
b.         tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c.         terbatasnya amalan timbang rasa.
d.         Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e.         Berjiwa kasar dan membosankan
f.          Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.
h.         Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j.          Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k.         Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.
Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebut harga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas



5.      Peranan Dan Tanggungjawab Seorang Guru Yang Profesional
Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan. Manakala, guru harus mengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja, kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Bukan setakat itu sahaja guru juga berperanan sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahadian keluarga mereka.

Selain itu, guru juga menjadi model hidup dimana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid.Sebagai pembimbing, guru dapat memberi nasihat dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan untuk menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi. Seseorang guru juga sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid, kertas ujian , peperiksaan dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai perestasi murid serta mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenalpasti guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.

Guru juga berperanan dan bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar sebagai pengamal ilmu.

Guru sebagai pengamal kemahiran profesional harus mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi. Guru yang memperolehi kemahiran profesioanal adalah bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan dan aktiviti ko-kurikulum berlandaskan amalan teori-teori pendidikan. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang hendak diajarnya agar penyampaian dalam pengajarannya dapat difahami oleh murid-murid.

Guru juga merupakan agen sosialisasi. Oleh itu, guru harus berperanan sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat penyayang serta menjadi role-model kepada murid dan masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.

Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai  seorang pakar rujuk perlu memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan negara.

Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah agar mereka dapat membina sifat keyakina n diri dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .

6.      Kesimpulan

Sahsiah  merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personaliti seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek fizikal,kognitif,emosi,sosial dan rohani yang mana kesemua aspek ini dapat mempengaruhi sikap atau perwatakan seseorang. Contohnya, seorang guru yang sentiasa berpakaian kemas ,bersopan-santun,rendah diri,ikhlas ,penyayang dan berpengetahuan luas sudah tentu akan menjadi tumpuan atau idola pelajar-pelajar dan mungkin juga dikalangan guru-guru. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat dapat membuktikan bahawa guru itu adalah seorang mempunyai ciri-ciri sahsiah positif.

Walaupun kita menyedari sahsiah seseorang boleh berubah mengikut  masa dan keadaan namun ia mempunyai  satu unsur yang stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap sikap atau tingkahlaku  pelajar-pelajar  atau guru-guru. Etika Profesion Perguruan juga tidak ketinggalan  memberi sumbangan  untuk mempastikan guru-guru sentiasa berada dilandasan yang betul ,tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik serta menjadi role-model yang bersahsiah unggul yang mana dapat mempengaruhi perkembangan anak didiknya menjadi warganegara yang berguna di masa depan.




RUJUKAN
Mohammad Azizi Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad, & Hazalizah Hamzah.     
      (2014). Pengenalan pembangunan sahsiah. Tanjong Malim, Perak: EMERITUS     
      PUBLICATIONS.
Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sebagai Profesional(2009). Diperoleh pada May 30, 2009
      daripada http://amallku.blogspot.com/
Sahsiah, ciri-ciri guru positif dan negative(2012). Diperoleh pada Oktober 4, 2012
Amin Senin (2008). Pembangunan profesional guru. Kuala lumpur, Utusan Publication &  
      Distributor Sdn Bhd.



No comments:

Post a Comment