Pages

Sunday, 20 April 2014

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH SEORANG GURU

 Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang guru secara keseluruhan iaitu daripada aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir, dan berinteraksi.  Pembangunan sahsiah guru dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah faktor dalaman dan faktor luaran.  Kedua-dua faktor ini sangat berkesan untuk membentuk sahsiah seorang guru.


  •      Biologi
Faktor warisan secara biologi merangkumi faktor-faktor keturunan dan genetik yang mempunyai kaitan dengan pembangunan sahsiah seseorang guru.  Pewarisan seperti emosi, keberanian, kejujuran, dan sebagainya dapat membentuk peribadi seseorang guru.
 Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh ahli psikologi mendapati orang yang memiliki fizikal yang baik dari segi ketinggian, bentuk dan berat badan mempunyai nilai kendiri yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai fizikal yang kurang memuaskan.


\

b     Agama
Agama mengajar seseorang guru itu supaya membentuk akhlak, pemikiran, rohani dan tingkah laku ke arah kebaikan.  Seandainya pegangan seseorang guru itu kuat terhadap ajaran agamanya, maka seseorang guru tersebut mampu mengakis segala cabaran dan dugaan dalam kehidupannya dan cuba untuk mengelak atau menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral.

c.       Dalaman diri
Dalam diri ini merujuk kepada kuasa dan keinginan seseorang.  seseorang guru akan sentiasa memerhati dan meninjau sahsiah dirinya supaya terdapat perkembangan pada diri yang positif sepanjang perjalanan hidupnya berdasarkan keinginan yang ada pada dirinya.


d.      Pembacaan
Faktor pembacaan merujuk kepada jenis-jenis pembacaan dan berapa banyak pembacaan yang dibaca oleh seseorang guru.  Pemilihan bahan bacaan yang baik dan luas akan mempengaruhi seseorang guru dari pelbagai aspek termasuk sahsiah dan pemikirannya. 

e.       Pengalaman hidup
Faktor pengalaman kehidupan melihat sama ada seseorang guru itu pernah mengalami sebarang kesusahan dan cabaran yang boleh mempercepatkan pembangunan dan perkembangan sahsiahnya.  Berdasarkan pengalaman lampau, seseorang guru mampu untuk mengenal pasti langkah-langkah yang wajar untuk menangani sesuatu cabaran dan dugaan dalam kehidupan. 

Faktor luaran
a.      Keluarga
Keluarga disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan setiap individu.  Ibu bapa harus bersikap lembut tetapi tegas dalam mendidik anak-anak yang satu hari nanti mungkin akan menjadi seorang guru.  Suasana dan persekitaran keluarga yang aman dan harmoni akan melahirkan golongan guru yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

b.      Pendidikan 
Kehidupan seseorang guru tidak boleh lari daripada institusi pendidikan.  Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan melahirkan golongan pelajar yang mungkin merupakan bakal guru yang berketerampilan dan berwawasan pada masa akan datang.





c.       Rakan sebaya
Rakan-rakan merupakan orang kedua yang rapat dengan guru selepas keluarga.  Golongan guru mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya kerana mereka terpengaruh dengan gaya kepimpinan dan kemampuan rakan mereka.  Guru yang sering bergaul dengan rakan sebaya yang memiliki sahsiah yang baik berkemungkinan besar akan turut mempunyai sahsiah yang baik juga.

d.      Media massa
Pengaruh media banyak memberi impak negatif kepada pembangunan sahsiah manusia berbanding kesan yang positif.  Namun, melalui pembacaan yang melibatkan media massa sama ada bahan-bahan picisan atau ilmiah sekalipun dilihat mampu untuk mempengaruhi perkembangan dan pembangunan sahsiah guru secara tidak langsung.  Media massa juga bertindak dalam memberi informasi dan pelbagai interaksi sosial yang lain, yang sememangnya memberikan kesan langsung ke atas proses kognitif seorang guru.

e.       Budaya


Budaya dan tradisi masyarakat memberikan kesan yang mendalam akibat peranan keluarga dalam memberikan penekanan ke atas tradisi sesebuah kelompok masyarakat.  Akibat dari kebejatan nilai-nilai yang diterapkan, tidak kiralah sama ada negatif atau positif, ia akan diikuti sebagai amalan harian dan mempengaruhi tindak-tanduk individu seseorang guru.  Budaya luar yang positif perlulah diterapkan di dalam diri seseorang guru seperti nilai-nilai kesenian negara haruslah dipelajari oleh guru agar mereka berpijak pada dunia yang nyata.

No comments:

Post a Comment