Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan
antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam
bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam
pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Peranan
dan tanggungjawab Guru Cemerlang
1.0 Membuat perancangan pengajaran , melaksanakan pengajaran mata
pelajaran Kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut
tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.1 Menyediakan
Rancangan Pengajaran berasaskan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan ) 1997, kurikulum Kebangsaan dan surat-surat pekeliling berkaitan.
1.2 Mengajar mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan yang ditetapkan mengikut garis
panduan dan tahap kebolehan pelajar.
1.3 Merancang dan
melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
1.4 Menentukan status
semasa pencapaian (Take-Off- Value) setiap pelajar dalam mata pelajaran
kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar
dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.5 Mengamalkan
kaedah/strategi pengajaran dengan mengguna pakai atau menghasilkan pelbagai
bahan pembelajaran dan pengajaran yang terkini , kreatif, inovatif, menarik dan
berkesan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.6 Mengenal pasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.7 Menyediakan program
pengayaan untuk pelajar cemerlang dan pemulihn bagi pelajar yang berpotensi
rendah.
1.8 Memantau kemajuan
pencapaian akademik setiap pelajar yang diajar.
1.9 Menyediakan laporan
dan menganalisis kemajuan setiap pelajar yang diajar dalam mata pelajaran
kepakaran atau bidang pengkhususan.
1.10 Menyampaikan laporan
kemajuan pembelajaran pelajar yang diajar kepada pengetua, ibu bapa dan
pelajar.
1.11 Menyediakan Jadual
Spesikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian bagi mata pelajaran kepakaran atau
bidang pengkhususan.
1.12 Menjadi ahli badan
profesional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran (jika ada).
2.0 Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan
dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.1 menjadi ahli
panitia dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.2 Menjadi pakar
rujuk mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.3 Membantu mengatasi
kelemahan dan membimbing pelajar dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan.
2.4 Menyelaras
penyediaan rangcangan strategik, tatikal dan operasi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.5 Merancang dan
menjadi fasilitator dalam bengkel peningkatan profesionalnisme guru khasnya
dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.6 Menjadi penasihat
persatuan akademik mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
2.7 Merancang dan
melaksana aktiviti kokurikulum yang boleh membantu meningkatkan prestasi
akademik pelajar.
2.8 Menyediakan
laporan kemajuan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum, mata pelajaran
kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.0 Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat , dan membimbing
guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.1 Merancang dan
melaksanakan aktiviti perkembangan staf bidang kurikulum dan kokurikulum dalam
mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
3.2 Menjadi mentor
kepada guru dalam bidang pedogogi khususnya berkaitan dengan strategi
pengajaran.
3.3 Member maklum balas
tentang kemajuan guru yang dibimbingnya kepada pengetua/ pengarah dan guru
berkesan.
3.4 Memberi khidmat
nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran yang memerlukan
kepakarannya.
4.0 Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan,
meneroka inovasi dan penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang
pengkhususan dan membentang hasilnya.
4.1 Menjalankan kajian
dan/ atau inovasi dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.
4.2 Menghasilkan
penulisan/artikel berkaitan pendidikan khasnya dalam mata pelajaran kepakaran
atau bidang pengkhususan dan menghantara satu salinan kepada bahagian-bahagian
yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.0 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan
oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.1 Menjalankan
tugas-tugas berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
yang diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran Pengetua/ Ketua Jabatan
No comments:
Post a Comment